Alhamdulillah, melalui iltizam untuk merangka, mengisi dan menggerakkan tenaga-tenaga aktivis-da'ie-revolusioner yang mana tenaga-tenaga inilah yang akan memimpin dan mendidik umat sekaligus menumbangkan kefasadan yang melata sepanjang masa, maka, PUMPP melalui Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL) bertindak membina perpustakaan untuk mengasah minda dan jiwa selain membentuk suasana intelektual dalam gerak kerja seharian staff PUMPP di pejabat Serambi Dakwah. Setakat ini PUMPP memiliki sejumlah koleksi buku yang diperoleh melalui sumbangan beberapa syarikat penerbitan seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) Berhad, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), PTS Publications, Utusan Publications and Publishers dan beberapa lagi.
Justeru masih awal fasa penubuhannya maka koleksi perpustakaan amatlah terhad baik bilangan buku mahupun bidangnya. Oleh itu, PUMPP masih mengharapkan mana-mana syarikat penerbitan dan orang ramai yang sudi untuk menyumbangkan apa juga bahan bacaan yang difikirkan sesuai. Bahan bacaan yang rosak dan cacat yang ringan akan diperbaiki oleh PUMPP. Sumbangan wang ringgit juga amat dialu-alukan untuk menambahkan lagi kelancaran pengurusan perpustakaan.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Arif: 013-5045377
 |
Ruang bacaan yang selesa turut menjadi tempat mesyuarat PUMPP dan sebagainya. |
 |
Beberapa jilid majalah SABILI, majalah Islami paling popular di Indonesia,
yang diborong Nurfitri Amir ketika lawatan ke Indonesia yang lepas. |
 |
Koleksi buku yang masih terhad namun pelbagai. |
 |
Antara buku sumbangan UTM |
|
|
 |
Buku-buku aktivis sosial dan jurnal |
 |
Buku-buku sumbangan ITNM |
No comments:
Post a Comment